Nuffnang Ads

Soalan Yang Sering Ditanya

S : Adakah Propolis Active telah melepasi ujian Kementerian Kesihatan Malaysia?
J :  Ya, Propolis Active telah melepasi piawaian ketat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.  Nombor sijil  BPFK- KKM:   MAL: 09100013 TC 

S :  Apakah kebaikan propolis untuk tubuh badan apabila diamalkan?
J :  Propolis mempunyai 2 fungsi, Sebagai:   
1. SUPLEMENTASI:  Membekal Zat, Vitamin dan Mineral lengkap,  pada tubuh, yang mungkin tidak mencukupi pada diet pemakanan kita setiap hari. Zat, Vitamin dan Mineral yang terdapat pada Propolis akan menutupi kekurangan tersebut.
2. PERAWATAN :      Fungsi pembunuh Kuman, Virus, Bakteria dan Anti-Oksidasi  yang terdapat pada propolis membantu merawat berbagai penyakit-penyakit merbahaya pada masa kini.  

S :  Bolehkah bayi dan kanak-kanak mengambil propolis?
:  Propolis dihasilkan oleh lebah sama seperti madu yang dihasilkan oleh lebah. Ia semulajadi dari tumbuhan. Sesuai untuk bayi, kanak-kanak remaja, dewasa dan tua. Sekiranya anda ragu-ragu, sebaiknya, merujuklah pada doktor dan pakar pemakanan anda terlebih dahulu.

S :   Berapa cepatkah penyakit boleh sembuh?
:    Tidak ada satu tubuh yang serupa.  Dari laporan yang diterima,  ada pengguna yang mendapat kesan serta-merta, ada keesokan hari, ada  yang selepas 3 hari, ada setelah 1 minggu, ada yang selepas 2 minggu, ada juga selepas 1 bulan. Bagi kes-kes penyakit yang telah lama dan kronik, ada 3 bulan hingga 6 bulan,   Ada juga laporan, segelintir pengguna yang tidak mendapat apa-apa kesan. Berkemungkinan,  atas sebab pengambilan yang tidak teratur.

S :  Apakah perbezaan air liur enzim sarang burung layang-layang (walit ) dengan air liur enzim lebah (propolis),  dari sudut zat tambahan dan perawatan?
J ;  Air liur enzim walit banyak kebaikannya.  Kajian makmal menunjukkan, ia masih tidak dapat menandingi kelebihan dan keunggulan air liur enzim lebah (propolis) dari sudut zat tambahan dan perawatan penyakit. Tambahan, ia telah diperakui oleh Al-Quran dalam Surah An-Nahl: Ayat 69.  ( sila rujuk Al-Quran )

S: Bolehkah saya menggunakan Propolis setiap hari sebagai suplemen. Dan apakah kelebihan Propolis Active berbanding suplemen-suplemen harian lain?
J:  Suplemen lain juga baik,  Kelebihan Propolis ialah….. Ia bertindak dalam 3 fungsi : “Membekal”  vitamin dan mineral, “Menghalang” serangan penyakit dan “Merawat” penyakit yang telah bertapak sekian lama dalam tubuh. Ia mempunyai sifat “Antibiotik”semulajadi. Itulah yang tiada pada suplemen-suplemen lain.  Itulah kesempurnaan Maha Pencipta. Campurlah suplemen lain dengan propolis, malahan akan lebih baik.

S :  Adakah Propolis membantu masalah “ Tawar seks” bagi kaum lelaki ?
:  Ya.  Punca tiada keghairahan untuk melakukan seks adalah disebabkan kelemahan libido hormon.  Propolis amat membantu meningkatkan libido hormon dan menyusun atur hormon-hormon lain. Ambil 21 titis bersama segelas air putih 1/2 jam sebelum melakukan persetubuhan (Berselawat 3 kali).  Anda akan merasa “ suatu kelainan” sewaktu berasmara bersama isteri anda.
Nota:   Sebaiknya,  berilah isteri anda pengambilan sukatan yang sama, sekiranya perlu hidangkanlah untuknya. Wanita juga mengalami kelemahan hormon estorogen.  Anda bersama pasangan akan menikmati  “ suatu kelainan”  yang menakjubkan. Insyalah.
        
S :  Apakah propolis Active mengandungi alkohol ?
J :  Tidak. Sebagai satu-satunya pengeluar muslim produk propolis di Malaysia.  Kami amat menitik beratkan kesucian dan keaslian pada produk keluaran kami.  Kami tidak mampu menjawab dipadang masyar nanti…  sekiranya ada perkara yang bertentangan dalam pengetahuan kami.

S : Bolehkah saya meninggalkan terus,  ubat yang saya gunakan sekarang, dan hanya mengamalkan propolis?
J ;  Tidak. Janganlah... membelakangkan ubatan lain samada ubatan hospital atau alternatif. Gunakanlah terus bersama dengan propolis, sebaiknya jarakkan propolis 2 jam dari ubatan lain. Tubuh sendiri akan tahu yang terbaik kelak…..  Sekiranya, mahu meninggalkan  mana-mana ubatan agar tiada pergantungan selama-lama dengannya.. Tinggalkanlah secara perlahan dengan mengurangkan dos pengambilan beransur-ansur.

S :  Propolis ini dalam kategori ubat atau suplemen?
J :  Bersifat serbaguna.  Suplemen dan Perawatan, . Suplemen: kerana  mengandungi zat vitamin dan mineral lengkap yang diperlukan tubuh setiap hari. Perawatan: ia adalah antibiotik semulajadi yang ampuh untuk menentang segala jenis bacteria, virus dan kulat. Ini telah terbukti secara saintifik hasil kajian makmal dan para pakar kesihatan seluruh dunia.

S :  Bolehkah propolis diambil melebihi dari sukatan yang disyorkan?
J  :  Boleh.  Ia adalah bahan semulajadi dan bukan bahan kimia. Sekiranya berlebihan dari yang diperlukan dari keperluan  masalah tubuh,  sistem perkumuhan badan akan membuang-nya.
Untuk keadaan tertentu, anda perlu mengambil lebih dari sukatan yang disyorkan. Selagi tidak melebihi 20 ml setiap pengambilan. (lebih kurang 3 botol miniature sukatan 6 ml)

S :  Bolehkah saya berhenti mengambil propolis setelah penyakit sembuh?
:   Boleh. Sekiranya tidak memberatkan, minumlah sekali-sekala kerana selain membekalkan vitamin dan mineral lengkap untuk kecergasan tubuh,  ia juga memberi perlindungan tubuh badan dari serangan penyakit ringan dan kronik atas sifat antibiotik semulajadinya.

S :  Saya sedang mengamalkan ubatan dari hospital, Bolehkan saya mengambil Propolis ?
J :  Boleh.   Tidak menjadi pertentangan menggabungkan rawatan alami dan ilmiah dalam mengubati penyakit. Propolis dari sumber semulajadi yang dihasilkan oleh lebah. Sebaiknya, jarak kan  waktu pengambilan 2 jam dengan apa-apa ubatan hospital.

S: Bolehkah Propolis digunakan untuk kegunaan luaran?
J: Ya. Propolis telah digunakan untuk kegunaan luaran sejak 2000 tahun yang lalu. Umumnya ia digunakan untuk merawat luka, masalah kulit,  jerawat, pendarahan, dan banyak lagi. Untuk kegunaan khusus, gunakan pada cotton bud dan sapukan pada tempat yang bermasalah.

S:  Saya menghadapi masalah gusi yang sering berdarah dan gusi berasa ngilu dapatkah propolis membantu masalah saya? 
J: Salah satu faedah kesihatan terbesar bagi Propolis ialah kerana ia memiliki anti-radang dan anti-microbe yang berkesan. Ia boleh digunakan setiap hari untuk membasuh mulut bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria; mencegah pembentukan plak pada gigi dan ia amat berguna juga dalam merawat ulser mulut dan gingivitis. Ia juga akan memperkuatkan gusi anda.

S: Adakah Propolis sesuai untuk pesakit diabetis? 
J: Ya. Ia dapat menyembuhkan luka apabila digunakan dengan kerap dan menguatkan sistem imun badan serta mencegah daripada sebarang jangkitan. Sesetengah penghidap diabetis melaporkan penyakit diabetis mereka menunjukkan kesan yang amat positif selepas pengambilan propolis.


S: Adakah sesiapa yang tidak sesuai menggunakan Propolis?
J: Bagi sebilangan kecil mereka mungkin mengalami alahan kepada Propolis. Oleh sebab itu, mereka yang menderita dari asma, walaupun ada penyelidikan yang dikeluakan menyataka  propolis membantu penyakit asma. Atau sesiapa yang alah pada produk lebah termasuk madu, perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengambil Propolis.

S: Adakah Propolis selamat digunakan untuk tempoh jangka masa yang panjang?
J: Ya. Setakat ini tidak ada kesan sampingan yang dilaporkan. Ia juga dicadangkan untuk diambil setiap hari sebagai zat tambahan harian, bagi membina dan memperkuatkan sistem imunisasi

S : .  Apakah kesan positif.yang dirasai.  Sekiranya saya mengamalkan  propolis sebagai suplemen harian?
:  Banyak laporan yang diterima dari pengguna-pengguna. Mereka merasa lebih cergas dari hari-hari sebelumnya, perasaan lebih tenang dan sangat stabil, kehidupan harian lebih ceria berbanding sebelum pengambilan propolis dan berbagai-bagai masalah kesihatan hilang begitu saja.